Thursday, September 25, 2014

Hidup Sekarang

Assalammualaikum semua. (Ada orang bacakah?)

Sangat lama saya tinggalkan blog saya ini.

Bukan lupa, tapi tak ingat.

Hidup kadang-kala sangat busy.

I am one step ahead towards my goal.

Saya dah sambung masters. ALHAMDULILLAH.

Allah bagi saya rezeki awal daripada rakan2 yang lain untuk sambung belajar. Segala Puji Hanya Untuk ALLAH.

Dan saya kenal seseorang dengan dipanjangkan perkenalan ini sehingga ke jinjang pelamin. INSYAALLAH jika ada jodoh.

Jika tidak, teruskan hidup untuk setapak lagi merealisasikan impian saya untuk memiliki PHD sebelum berumur 35 tahun.

Tahu impian itu berat, iya saya tahu.

Tapi tiada yang mustahil dengan adanya keyakinan kepada ALLAH.

Jika direzekikan saya untuk menyambung lagi kepada peringkat doktor falsafah, maka ALHAMDULILLAH.

Jika tidak direzekikan, maka SUBHANALLAH. ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk saya.

Harapnya diberikan kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang bakal lebih mencabar.

Bagi dia yang saya sedang kenal, jika ada jodohnya maka bersatulah kita.

Jika tidak, jangan berhenti bekerja untuk menggapai impianmu.

Awak antara yang terbaik yang pernah saya kenal.

Dengan dia saya semakin bersemangat untuk lebih positif dan fokus untuk menggapai apa yang saya impikan.

Seperti mana dia yang tidak pernah penat dalam mengejar impian besarnya.

Dia buat saya ingin mencontohinya dalam ketekunan bekerja, dalam ketaatan kepada Tuhan, dalam kepatuhan kepada ibubapa, dalam kematangan dalam pemikiran dan perbuatan dan juga berhati-hati dalam pemanduan.

I'm made a gamble to get to know him, when that time i'm not ready for a relationship with anyone.

But, i think i've made a right decision to get to know him.

Wednesday, March 19, 2014

Jualan Barangan Kecantikan Wanita.

Assalammualaikum semua.

Lihat perubahan yang menarik pada blog saya? Senyum sahaja. Menarik bukan? Saya telah maju. Saya kini akan menjalankan beberapa research tentang beberapa produk yang saya akan promote untuk pembaca sekiranya ada yang membaca.

Produk terdiri daripada:

1. Produk minuman kecantikan
2. Produk minuman pengurusan badan (bukan herbalife)
3. Produk pakaian pengurusan badan
4. Produk kecantikan wajah
5. Produk pengurusan badan
6. Barangan dapur mudah
7. Produk untuk bahagian intim wanita

Saya memulakan langkah ini untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Saya tidak minat untuk berniaga tertapi saya akan cuba untuk fokus dan komited untuk berniaga untuk mencari duit lebih.

Barangan yang diatas ada yang pernah saya guna dan juga ada yang tidak pernah saya gunakan atas sebab kesihatan kulit saya yang tidak membenarkan saya.

Saya juga akan mencadangkan minuman untuk pengurusan badan kepada sesiapa yang tidak mampu untuk mengambil produk Herbalife. Tidak mengapa yang penting anda cuba berubah untuk mengubah cara pemakanan untuk BATTLING OBESITY di Malaysia.

Saya akan update blog ini dengan details produk untuk anda setelah saya dapat lebih banyak maklumat lagi untuk dikongsikan bersama. :)

Tunggu ya.


Thursday, March 6, 2014

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalammualaikum semua. (ada yang membacakah?)

Post sebelum ini tentang aku mencari arah mana tujuan aku ketika bercuti menanam anggur ini. Tadi aku berjaya untuk mengedarkan 20 helai flayers Herbalife ke 20 buah rumah ditaman aku. 

Tapi aku tak bagi direct tetapi dimasukkan di dalam kotak peti surat. Aku belum mempunyai keyakinan nak face-to-face dengan orang untuk promote produk lagi. 

Aku panggil program aku ini sebagai: JOGGING & FLAYERS.

Aku tidak tahu adakah method aku ini berjaya atau tidak. Aku hanya buat apa yang aku rasa aku mampu untuk buat. Sebab:

I need to do something for me to feel I am not USELESS and JOBLESS.

Aku terfikir nak tanya upline aku dimana aku nak dapat tips agar aku berani nak bercakap dengan orang sebab aku memang tak suka face-to-face dengan orang. 

Aku: Nampak macam GANAS tapi sangatlah PEMALU

Like I said before: I hate crowd and crowded places including meeting people.

Tapi nak berniaga perlulah jumpa orangkan. Aku terfikir juga adakah aku ini determine enough untuk tebalkan muka, letak effort untuk berjaya. Nak berjaya susah tapi tak mustahil.

Emmmmm, susah kalau ada Personality Disorder macam aku ni. Nak buat keputusan pun susah dan keinginan pun tak diketahui.

Esok aku akan sambung lagi program aku dan tanya upline aku kalau ada training yang aku boleh ikut walaupun aku bukan supervisor. Kalau nak supervisor kena beli banyak sikit untuk layak baru dapat pergi mana-mana training. Nak beli mesti ada duit, duit aku kat Tabung Haji je lah. Nak keluarkan banyak prosedur.

And I hate drama and complicated things except number and calculation. 

Okey esok jumpa lagi. 

Wassalam. 

Ke Mana Arah Tujuan Aku.

Assalammualaikum semua. (kepada yang membacalah, ada yang membaca?)

Sudah bulan ketiga menanam anggur dan bisness dropship yang diceburi tidak menunjukkan peningkatan yang menggalakkan. Emmm?? Tak tahulah mungkin rezeki aku susah nak lekat kot.

Apa yang aku mahu?

Aku selalu terdiam apabila berdialog dengan diri sendiri tentang apa yang aku mahu, apa yang aku mampu, siapa sebenarnya aku dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aku.

Tetapi aku sangat baik dalam menganalisis dan menjangkakan personaliti dan situasi orang disekeliling aku tetapi untuk diri aku sendiri aku tak tahu.

Duduk rumah selama 3 bulan aku tiada pencapaian yang boleh aku banggakan. Hanya buat perkara-perkara tipikal apabila duduk dirumah.

Berbalik kepada persoalan apa yang aku mahu?

Apa yang aku mahu?

Pening sendiri berfikir, pening sendiri berbalah.

Aku tak tahu apa yang aku mahu.

Emmm, susah juga kalau sudah ada beberapa ribu dalam akaun bank. Rasa semangat nak cari duit tiada. Sebab aku rasa semua benda dah cukup, dah ada. Keinginan untuk mempunyai benda2 atau perkara2 yang tertentu tiada.

Aku tak terasa nak baju baharu, sebab dalam almari aku ada banyak baju yang masih boleh digunakan.

Aku tak terasa nak kasut baharu, sebab aku memang pakai 1 sandal dan 1 kasut sukan yang memang dah ada sampai dah tak boleh pakai.

Aku tak terasa nak tudung baharu, sebab aku punya stok tudung hitam banyak daripada tudung warisan mak aku dulu.

Aku tak terasa nak kereta baharu, sebab aku ada lesen tapi nak bawa kereta takut.

Aku tak terasa nak kerja keras cari duit, sebab dalam tabung haji aku ada beberapa ribu yang aku simpan sejak aku belajar lagi.

Aku tak terasa nak buku baharu, sebab buku yang aku baca memang mahal, aku boleh download free dari internet dan buku yang aku beli daripada Big Bad Wolf belum lagi aku habis baca.

Aku tak terasa nak ada boyfriend atau ada suami, sebab aku tak rasa yang aku ada capacity untuk handle emotion load yang ada dalam sesebuah perhubungan.

Aku tak terasa nak ada handphone canggih baharu, sebab ada 2 handphone yang dah tak digunakan tapi masih boleh digunakan lagi dalam rumah ini.

Aku tak terasa nak ada barang kemas, sebab aku memang tak pakai jewelery kecuali seutas rantai yang parents aku bagi.

Aku tak terasa nak beli barang make-up, sebab muka aku memang sensetif dengan bahan-bahan kimia yang bukan-bukan.

Aku tak terasa nak buat jalan-jalan cari makan, sebab aku sedang diet berat tak turun-turun lagi ini.

Aku tak terasa nak travel mana-mana, sebab aku lebih senang duduk dalam rumah dari berada dikalangan orang-orang yang tidak dikenali. Like once I said on FB "I hate crowd and I hate crowded places".

Aku tak terasa nak ada tab, sebab laptop aku yang berusia 6 tahun masih lagi berfungsi dan wifi wireless rumah aku 24 hour operation.

Hari itu aku mintak abah transferkan duit pada aku sebanyak RM1000.00 dan tolak duit dividen tabung haji aku. Dan tak sampai sebulan duit itu dah habis.

Apa yang aku beli:

2 pasang baju kurung (mak 1, aku 1) = RM 116
2 tube Herbalife Formula 1 (ini buy 1 free 1, jadi aku dapat free aloe vera dan TC control) = RM 247.27
1 penimbang digital (penimbang ini memang aku nak, senang nak pantau berat badan aku) = RM 75
2 jenis cloth pad. (nak mesra alam la katakan, aku beli dua jenis) = RM 182 + RM 86 = RM 268
1 set pencuci muka Herbalife (pencuci muka aku dah habis, dan malas nak berjalan ke kedai beli) = RM 196.27

Jadi Grand Total ialah = RM 902.54
Baki Dibawa Kehadapan = RM 97.46

Jika dilihat daripada pembelian aku diatas, semua yang aku item yang aku beli mempunyai diskaun atau potongan harga.

Harga sebenar:

2 pasang baju kurung = RM158
2 tube Herbalife Formula 1 + 1 Aloe vera + 1 TC Control = RM 721.40 (sebelum -35%) = RM 507.21 (postage+handling)
1 penimbang digital = RM 300
2 jenis cloth pad = RM 193 + RM93
1 set pencuci muka Herbalife = RM 265.60 (sebelum -35%)

Jadi Grand Total ialah = RM 1516.81
Baki Dibawa Kehadapan: - RM 515.81

Penjimatan yang dilakukan: RM 1516.81 - RM 902.54 = RM 614.27

Itu kalau aku yang membeli barang, aku cuba tanam prinsip yang BELI MASA ADA OFFER SAHAJA!!

Baju, penimbang dan cloth pad aku beli masa ada diskaun besar-besar.

Herbalife pula, aku beli masa ada offer dan guna diskaun ahli aku. Aku fikir dari beli pencuci muka di kedai baik aku beli pencuci muka Herbalife sebab ada ahli. (tapi aku musykil dengan pengiraan yang baharu ini, dah lari sedikit).

Oleh itu, dengan adanya wang RM1000 dalam bank aku maka aku dapat apa benda yang aku mahukan.

1) Herbalife dan penimbang => penjagaan berat badan
2) Herbalife skincare => penjagaan kulit muka aku
3) Cloth pad => penjagaan hygiene masa datang bulan dan memudahkan aku agar tidak payah beli pad bila datang bulan.
4) Baju kurung => pakai bila dah posting nanti. Kalau ada offer lagi nak beli lagi 2 atau 3 pasang. Mak pun suka juga dengan baju kurung jenama ini.

Jadi dengan terbelinya benda-benda diatas aku dah dapat almost everything yang aku mahukan. Jadi nak kumpul duit tue malas nak kerja.

Tapi memandangkan aku nak posting, aku kena cari sikit-sikit duit untuk guna untuk 3 bulan pertama aku tak bergaji nanti. Tapi aku belum tahu atau decide nak buat apa.

Aku dah tuliskan flayer yang upline aku bagi untuk promo Herbalife. Tapi aku agak teragak-agak nak mulakan. Mungkin esok aku aku edarkan flayer2 tersebut disekitar tanam aku ini sambil berjalan-jalan, percaya tak aku tak pernah berjalan-jalan dalam taman aku ni. Sebab aku takut kalau ada orang jahat.
Damn on paranoia.

Aku nak buat tapi aku malu. Kita tunggu sahaja esok berjaya atau tidak aku nak edarkan flayer2 tersebut. :)

Tapi satu yang aku pasti pasal diri aku sendiri.

Aku boleh pendamkan keinginan aku sampai aku dah tak ingin lagi dengan benda tersebut sehingga aku betul-betul mampu milikinya tanpa menyusahkan orang lain.

Tunggu entri aku esok. Berjaya atau tidak aku bagi flayer ke rumah jiran-jiran aku.

Tuesday, February 18, 2014

Baju Kurung Pahang di Julie's Store

Assalammualaikum,

Saya update baju kurung pahang yang saya jual di kedai saya Julie's Store di Facebook.

Baju Kurung Pahang ini diperbuat daripada kain Cotton Vietnam. 

Kainnya sejuk dan tidak panas. 

Kain cotton biasanya tidak berkilat walaupun dalam gambar seakan-akan berkilat itu disebabkan pencahayaan semasa penggambaran dilakukan. 

Mempunyai corak dan warna yang menarik yang mampu memukau mata yang melihat.

Kain cotton ini mudah untuk digosok setelah dicuci.

Baju ini boleh dicuci menggunakan mesin basuh tetapi saya nasihatkan agar anda masukkan kedalam net kain untuk menjaga kualiti kain.

Sebolehnya semasa membilas baju, letakkan sedikit pelembut kain agar senang digosok.

Baju kurung pahang ini mempunyai span bahu, zip dan getah pada kain serta berkipas tepi. 

Kipas pada bahagian tepi tidak berjahit, ini tipikal menurut Ibu saya untuk orang semenanjung. (Saya membesar di Sabah jadi semua kain baju kurung saya berjahit tepi).

Semua baju kurung pahang available daripada saiz S sehingga XXL. Rujuk saiz dibawah.

Harga sepasang baju kurung adalah RM89 dan penghantaran adalah percuma keseluruh Malaysia.

Jika anda bertuah mungkin anda akan dapat potongan harga pada baju kurung yang anda pilih.

Selamat Melihat dan Memilih.

Sebarang pertanyaan tanya di kotak comment. Saya akan check blog ini hari-hari. Tetapi jika mahukan balasan yang cepat, boleh PM saya di Julie's Store. Atau mesej/call saya di 013-6032138.










































Cantik tertarik, Kau memang de BOMM. :)

Monday, February 17, 2014

Menjadi Penanam Anggur Kehormat

Assalammualaikum semua.

Lama sangat saya tidak mengemas kini blog ini. Kali terakhir adalah entri berkenaan dengan Herbalife. Alhamdullillah, walaupun berat saya belum menghampiri sasaran berat yang saya mahu tetapi terdapat penurunan sepanjang saya mengambil Herbalife.

Bukan nak cakap tak berkesan tetapi kesannya pada saya agak lambat. Walaupun dah 3 bulan lebih ambil Herbalife berat hanya turun 4kg sahaja. Tetapi dalam gambar nampak SLIM hakikatnya, belum SLIM yang benar-benar SLIM.

Saya juga telah tamat belajar, interview SPP dan surat tawaran pelantikan juga telah diselesaikan. Hanya tunggu penempatan yang tidak kunjung tiba. Memandangkan saya tidak bekerja diluar rumah, maka saya mencuba menjadi agen dropshipper untuk beberapa barang/item untuk pakaian wanita.

Sejak Julie's Store pada awal Januari 2014 lalu, beberapa item saya telah iklankan tetapi sambutannya tidak memberansangkan. Emm,, mungkin rezeki saya belum lagi ALLAH beri. Saya sedang melalui fasa "Dalam perniagaan tidak yang mudah, lebih-lebih lagi untuk mencari pelanggan". Setelah sebulan beroperasi, saya hanya menjual 1 baju kurung pahang kepada junior saya di IP Kampus Keningau.

Saya bercadang untuk membuat pasaran melalui blog pula, melalui blogwalking dengan menumpang iklan pada blog-blog famous untuk memasarkan item-item di Julie's Store. Semoga ada rezeki saya untuk menarik minat pelanggan baharu ada.

Antara item yang saya tawarkan ialah:

Baju Kurung Pahang Cotton Vietnam

Baju Kurung Moden Chiffon Full Lining

Jubah Korean Lycra C

Telekung Wanita Korean Lycra

Telekung Kanak-Kanak Korean Lycra

Jubah Korean Lycra B

Jubah Korean Lycra A

Shawl Satin Creepe Paisley

Blouse Muslimah ~pelbagai material~

Tudung Labuh saiz L, XL, XXL ~pelbagai corak dan pilihan~
Sesiapa yang berminat selepas membaca entri ini bolehlah berkunjung ke kedai saya di Julie's Store untuk melihat-lihat mana tahu ada yang berkenan dihati. Saya juga akan meng'upload' item-item yang saya jual disana di blog ini untuk kemudahan para pembaca sekirannya ada yang membaca.

Diharapkan usaha saya mencari rezeki walaupun dirumah membuahkan hasil. Oh ya, sesiapa yang ingin bertanya tentang herbalife juga boleh menghubungi saya di FB saya iaitu: Tengku Kesuma Dewi Zulieqha, emel saya di: zarulover38@gmail.com atau hubungi saya ditalian 013-6032138. Saya sedia membantu walaupun saya agak tergelincir dari landasan. :)

Sekian terima kasih. :)