Tuesday, February 18, 2014

Baju Kurung Pahang di Julie's Store

Assalammualaikum,

Saya update baju kurung pahang yang saya jual di kedai saya Julie's Store di Facebook.

Baju Kurung Pahang ini diperbuat daripada kain Cotton Vietnam. 

Kainnya sejuk dan tidak panas. 

Kain cotton biasanya tidak berkilat walaupun dalam gambar seakan-akan berkilat itu disebabkan pencahayaan semasa penggambaran dilakukan. 

Mempunyai corak dan warna yang menarik yang mampu memukau mata yang melihat.

Kain cotton ini mudah untuk digosok setelah dicuci.

Baju ini boleh dicuci menggunakan mesin basuh tetapi saya nasihatkan agar anda masukkan kedalam net kain untuk menjaga kualiti kain.

Sebolehnya semasa membilas baju, letakkan sedikit pelembut kain agar senang digosok.

Baju kurung pahang ini mempunyai span bahu, zip dan getah pada kain serta berkipas tepi. 

Kipas pada bahagian tepi tidak berjahit, ini tipikal menurut Ibu saya untuk orang semenanjung. (Saya membesar di Sabah jadi semua kain baju kurung saya berjahit tepi).

Semua baju kurung pahang available daripada saiz S sehingga XXL. Rujuk saiz dibawah.

Harga sepasang baju kurung adalah RM89 dan penghantaran adalah percuma keseluruh Malaysia.

Jika anda bertuah mungkin anda akan dapat potongan harga pada baju kurung yang anda pilih.

Selamat Melihat dan Memilih.

Sebarang pertanyaan tanya di kotak comment. Saya akan check blog ini hari-hari. Tetapi jika mahukan balasan yang cepat, boleh PM saya di Julie's Store. Atau mesej/call saya di 013-6032138.










































Cantik tertarik, Kau memang de BOMM. :)

Monday, February 17, 2014

Menjadi Penanam Anggur Kehormat

Assalammualaikum semua.

Lama sangat saya tidak mengemas kini blog ini. Kali terakhir adalah entri berkenaan dengan Herbalife. Alhamdullillah, walaupun berat saya belum menghampiri sasaran berat yang saya mahu tetapi terdapat penurunan sepanjang saya mengambil Herbalife.

Bukan nak cakap tak berkesan tetapi kesannya pada saya agak lambat. Walaupun dah 3 bulan lebih ambil Herbalife berat hanya turun 4kg sahaja. Tetapi dalam gambar nampak SLIM hakikatnya, belum SLIM yang benar-benar SLIM.

Saya juga telah tamat belajar, interview SPP dan surat tawaran pelantikan juga telah diselesaikan. Hanya tunggu penempatan yang tidak kunjung tiba. Memandangkan saya tidak bekerja diluar rumah, maka saya mencuba menjadi agen dropshipper untuk beberapa barang/item untuk pakaian wanita.

Sejak Julie's Store pada awal Januari 2014 lalu, beberapa item saya telah iklankan tetapi sambutannya tidak memberansangkan. Emm,, mungkin rezeki saya belum lagi ALLAH beri. Saya sedang melalui fasa "Dalam perniagaan tidak yang mudah, lebih-lebih lagi untuk mencari pelanggan". Setelah sebulan beroperasi, saya hanya menjual 1 baju kurung pahang kepada junior saya di IP Kampus Keningau.

Saya bercadang untuk membuat pasaran melalui blog pula, melalui blogwalking dengan menumpang iklan pada blog-blog famous untuk memasarkan item-item di Julie's Store. Semoga ada rezeki saya untuk menarik minat pelanggan baharu ada.

Antara item yang saya tawarkan ialah:

Baju Kurung Pahang Cotton Vietnam

Baju Kurung Moden Chiffon Full Lining

Jubah Korean Lycra C

Telekung Wanita Korean Lycra

Telekung Kanak-Kanak Korean Lycra

Jubah Korean Lycra B

Jubah Korean Lycra A

Shawl Satin Creepe Paisley

Blouse Muslimah ~pelbagai material~

Tudung Labuh saiz L, XL, XXL ~pelbagai corak dan pilihan~
Sesiapa yang berminat selepas membaca entri ini bolehlah berkunjung ke kedai saya di Julie's Store untuk melihat-lihat mana tahu ada yang berkenan dihati. Saya juga akan meng'upload' item-item yang saya jual disana di blog ini untuk kemudahan para pembaca sekirannya ada yang membaca.

Diharapkan usaha saya mencari rezeki walaupun dirumah membuahkan hasil. Oh ya, sesiapa yang ingin bertanya tentang herbalife juga boleh menghubungi saya di FB saya iaitu: Tengku Kesuma Dewi Zulieqha, emel saya di: zarulover38@gmail.com atau hubungi saya ditalian 013-6032138. Saya sedia membantu walaupun saya agak tergelincir dari landasan. :)

Sekian terima kasih. :)