Assalammualaikum~
Jumpa lagi blog ini. Dah banyak habuk. Lama tak update.
Sekarang tiada yang menarik. Tiada fakta dan topik yang ingin dibincangkan.
Sedang sibuk dengan pengajian. Serasa sedang berenang dalam lautan madu.
Tak terasa nafas yang dihela. Betapa cabaran belajar ini sangat2 mencabar.
Masa ada tetapi idea tiada, idea datang masa terkengkang.
Untuk diri sendiri tiada masa, apatah lagi untuk orang lain.
Berkorban sekarang untuk gapai matlamat, dengan izin-Nya.
Sedang berusaha dengan sedaya upaya untuk berubah.
Untuk menjadi lebih baik daripada yang sebelum ini.
Mencari apa yang kurang.
Semakin ilmu dicari semakin merasanya kurangnya ilmu yang ada didada.
Kekadang timbul riak dalam diri. Tetapi cepat2 memohon ampun pada yang diatas.
Refleksi hari2 dilaksanakan agar keesokan hari dapat diatasi atau diselesaikan masalah yang timbul.
Mungkin aku sekarang sejak mula bekerja agak jauh dr Allah. Maka hidup aku kucar-kacir.
Mula ada masalah yg timbul. Yang menyerabutkan kepala. Dengan kerja bertimbun. Tak sudah2.
Aku perlu berhenti dan menghadap Dia, membaca surat2 nya dan membasahkah lidah dan mendinginkan telinga dengan perkara2 yang menuju padaNya.
Biar hati aku tenang. Biar jiwa aku tersusun. Biar aku ini kuat. Aku tak kuat.
Kembali pada Dia adalah langkah pertama. Moga langkah ku ini tak hanya pada masa2 awal sahaja.
Moga sepanjang hayat aku.
Amin~
No comments:
Post a Comment