Monday, January 9, 2012

Judge and Plan

Assalammualaikum.

‘Don’t judge the book by its cover’

Satu peribahasa yang biasa kita dengar sepanjang proses pembelajaran Bahasa Inggeris ataupun English Language di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Peribahasa ini membawa maksud yang hampir sama dengan peribahasa Bahasa Melayu; ‘Tak kenal maka tak cinta’. Kedua-dua peribahasa ini mengajak kita manusia/insan/hamba ALLAH untuk berfikir, bahawa seseorang dan sesuatu perkara hendaklah dikenali sebelum diadili.

Ya, kita manusia yang fitrahnya akan menentang dan akan mengkritik seseorang atau sesuatu perkara yang berbeza dengan pemikiran dan kebiasaan kita. Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa perbezaan itu mungkin akan memberikan kita ilmu yang tidak kita akan perolehi di kuliah dan buku? Maka adilkah bagi kita untuk mengadili seseorang itu tanpa mengenalinya terlebih dahulu? Mengenali sifat dan karakter yang sebenar? Adilkah kita?

Jika kita dikritik dengan orang yang lansung tidak mengenali tentang kita, apakah yang akan dirasai?

Sakit hati?

Benci?

Terluka?

Kesemuanya di atas?

Ini yang terjadi kepada saya sepanjang 22 tahun saya hidup di dunia. Saya salah mengadili orang di sekeliling saya. Saya hanya melihat sikap luaran mereka tanpa mengenali mereka dengan lebih dalam. Sehingga perbuatan saya menjadi natijah kepada rakan-rakan disekeliling saya. Ya saya akui first impression adalah penting tetapi ia tidak sepenting kita bergaul dan mengenali seseorang itu dengan lebih dekat lagi.

Saya punya sahabat sekelas yang lansung tidak berminat untuk belajar di kuliah. Jika diperhatikan secara luaran saya akan mengatakan beliau tidak akan punya masa depan yang cerah jika bersikap begitu sepanjang masa tanpa mengambil apa-apa inisiatif untuk berubah. Dan pendapat itu saya pegang daripada semesta 1 sehingga sekarang semesta 8.

Tetapi ALLAH maha Adil. ALLAH menggerakkan hati kami untuk berbincang secara terperinci tentang Over Draft (OD) semasa di kelas tadi bersama dengan rakan-rakan yang lain dan dialah yang paling lantang bersuara memberikan pendapat tentang perkara tersebut.

“Macam mana kau tahu banyak perkara tentang ini?” Tanya saya selepas dia membuat sedikit pengenalan tentang Over Draft kepada saya dan rakan yang lain.

“Inilah cara pelaburan orang-orang kaya. Dan aku mahu cuba cara ini untuk membantu bisnes aku” Terangnya ringkas.

Masya-ALLAH. Saya dan rakan yang lain terkedu. Tidak menyangka bahawa dia yang kami katakan pemalas, mata merah dan penidur mempunyai bisnes yang diceburi. Saat itu saya terkedu tidak terkata apa-apa.

Saya berasa kagum dengan beliau. Walaupun dikritik dan dicemuh dengan pekerjaan sambilan sebagai tourist guide di tempat kami namun dia tidak mengalah. Dia terus dan terus berusaha mengapai impiannya untuk menjadi peniaga berjaya. Beliau juga mempunyai rancangan jangka masa 10 tahun ke hadapan. Dan saya mendengar dengan penuh takjub rancangan yang telah dirangka oleh beliau.

Subahanallah, hebat sungguh beliau. Banyak ilmu yang saya perolehi daripada beliau.

Salah satu pengajaran yang saya belajar hari ini ialah, hidup bukan untuk masa ini sahaja. Hidup adalah untuk masa hadapan. Kerana apa yang kita lakukan hari ini mencorakkan masa hadapan kita. Bak kata English Proverb;

He, who fails to plan, is planning to fail.

Sesiapa yang gagal untuk merancang akan merancang untuk gagal.

Saya terkesima dengan pengajaran yang saya belajar hari ini. Rakan saya tersebut yang selalu dikritik dan dicemuh mampu untuk merancang strategi peniagaan beliau dengan begitu teratur, bagaimana pula saya. Saya termenung seketika apakah perancangan saya untuk 5 atau 10 tahun akan datang? Apakah perancangan saya jika nilai wang semakin susut dan harga barang semakin naik? Apakah perancangan saya jika tiba-tiba saya tidak diambil bekerja atau diberhentikan?

Ya ALLAH saya tidak punya apapun perancangan.

Tiada

Kosong

Hidup tidak punya perancangan seperti hidup tanpa arah. Saya terfikir tanpa perancangan dimanakah saya akan berdiri 5 atau 10 tahun akan datang?

Sungguh salah penilaian saya pada rakan saya tersebut dan saya termalu sendiri apabila mengenangkan diri saya sendiri yang tidak mempunyai back-up plan untuk terus menjalani keseimbangan hidup di dunia ALLAH ini.

Kita merancang dan ALLAH juga merancang tetapi semestinya perancangan ALLAH lebih baik dan sempurna daripada perancangan kita kerana ALLAH lah pemilik diri kita. Tetapi tidak salah untuk kita merancang hidup ini dengan ilham dan bantu dari ALLAH, Insya-ALLAH segala urusan akan dipermudahkan oleh-NYA.

Oleh itu, jangan menilai orang atau sesuatu perkara berdasarkan apa yang terzahir dan tersurat tetapi nilailah menggunakan mata hati yang dalam. Rancanglah kehidupan ini agar menjadi lebih terancang dan teratur. Tetapi apabila tiba hidup kita tidak seperti yang dirancang, yakinlah ALLAH mempunyai rancangan yang lebih baik untuk kita hamba-NYA. Insya-ALLAH.

Dan untuk anda rakan saya, saya doakan anda agar terus berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi dan saya yakin dengan izin ALLAH anda akan berjaya kerana anda mempunyai sesuatu yang jarang ada pada orang lain iaitu keberanian dan keyakinan untuk merubah dan merancang kehidupan yang lebih baik untuk masa akan datang. Moga ALLAH merahmati dan memberikan rezeki pada anda. Yakinlah sabda Rasulullah bahawa 9 daripada 10 pintu rezeki adalah perniagaan. Dan anda sedang mengikuti jejak Rasulullah yang bijak dan jujur berniaga. 

2 comments:

Anonymous said...

Sharing yang amat berkesan sekali..thanks ..back up plan memang penting..namun jgn lupa sandarkan kepada Allah sebagai penentu keberkesanannya.

Nur Zulieqha Mad Amin said...

@Anonymous:

Planning ALLAH yang paling baik untuk kita.. :)