Thursday, July 9, 2015

Malam ini rasa sayu

Entah mengapa malam ini aku sedih dan sayu mengenangkan dia.

Biasanya aku tidak sebegini.

Biasanya jika ingatan kuat padanya aku akan berdoa.

Tetapi malam ini sangat sayu aku rasakan.

Seolah benar bahawa dia memang bukan jodoh ku.

Terimbas dia, cara bercakap, senyumannya, lenggok bahasanya. 

Owh, sedihnya aku.

Begitu besar impaknya pada aku. 

Sejak aku kenalinya, aku makin rajin. Dari apa jua segi kerana aku terkesan dengan kerajinan dia bekerja tanpa jemu untuk mengubah status kewangan keluarganya. 

Kerajinan itu berjangkit padaku. 

Tepi sejak dia hilang aku seakan hilang mahu untuk rajin. 

4 bulan yang sakit. 

Bukan calang rasanya ini.

Tiap hari, tiap masa terkenang.

Kerana dia pernah ada sentiasa dengan aku.

Bila hilang aku tercari-cari dia. 

Sedihnya. 

Sedihnya.

Jika aku tahu sakit itu begini, tak akan aku mahu kenalinya.

Tapi aku tidak pernah menyesal kenali dia. 

Bersama dia adalah masa yang aku treasure for all my life.

Pergilah awak mencari bahagia. Saya sentiasa doakan. Sayang saya pada awak akan saya sampaikan lewat doa-doa saya pada awak. Berbahagialah awak. Awak perlu bahagia. Saya sentiasa doakan kebahagian awak. Awak berhak untuk bahagia. Sayang ini saya simpan sebagai kenang-kenangan yang manis. 

Selamat tinggal awak~ 

1 comment:

Anonymous said...

Kumbang bukan seekor,
Bunga bukan sekuntum.