Wednesday, April 24, 2024

2024

 Assalammualaikum, hai, hello.

Last aku update blog ini pada Julai,2016 sebelum aku kahwin pada September,2016. 

Fast foward dah 8 tahun blog ini tak berupdate. 

Mungkinkah aku ditakdirkan tidak boleh menjadi penulis buku?

Jadi penulis buku adalah salah satu impian besar aku selain sambung belajar sehingga ke peringkat PhD. 

PhD pun belum bersambung-sambung lagi. Kawan yang sama kelas masa Master dah siap buat PhD. 

Aku? 

Masih lagi belajar untuk menjadi ibu dan isteri.

Susah menjadi seorang ibu ini. 

Selama aku jadi umi untuk Khadijah 7 tahun ini, aku selalu rasa aku gagal dalam dan semasa membesarkan dia. 

Banyak kesilapan yang aku buat sampaikan aku kadang-kadang down sebab kesilapan tu dan masa terus berlalu laju. 

Nak betulkan kesilapan tu tak tertebus.

Lagi-lagi bila dia dah tahun 1. 

Cabarannya lain. 

Bila mana aku membesarkan dia sendirian sebab suami nature kerja dia outstation Isnin-Jumaat. 

Sabtu-Ahad sahaja dia ada dirumah. 

Itu pun sedikit sahaja dia boleh bantu sebab dia pun penat kerja dan outstation.

Tinggallah aku seorang yang menguruskan anak day in and day out. 

Masa dia kecil, 

Masya-Allah tak terasa aku nak ulang dan kenang masa itu. 

Sebab tu aku tak ada perancangan nak ada anak lagi. 

Membesarkan anak seorang tanpa bantuan suami dan saudara mara itu mencabar mental dan fizikal.

Aku memang salute pada ibu-ibu yang beranak lebih dari 1 dan bersendirian membesarkan anak. 

Aku tak mampu. 

Lepas kelahiran anak aku, aku hampir nak kena Post Partum Blues. 

Mental aku tak kuat nak lawan sakit bersalin, sakit menyusu, sakit tak tidur malam, sakit sebab anak menangis tengah malam tak henti. 

Aku tak sekuat dan setabah itu.

Walaupun orang kata memang sakit bersalin dan itu adalah normal, aku tetap tak tahan sakit.

Teringin nak ada anak lagi tetapi bila kenangkan aku akan sekali lagi menghadapi masa membesarkan anak berseorangan aku rasa cukuplah seorang dahulu anak aku.

Anak adalah tanggungjawab dan amanah. 

Seorang anak pun aku rasa dah berat dan besar tanggungjawab. 

Banyak yang kurang, banyak yang lalai, banyak yang silap. 

Apa aku nak jawab pada anak-anak aku nanti bila ditanya kenapa dibesarkan dengan segala kekurangan, kelalaian dan kesilapan? 

Aku takut aku silap membesarkan anak sebab aku pun banyak kekurangan. 

Hari-hari berfikir apa lagi kurang, apa lagi salah, apa lagi silap. 

Belum lagi peranan sebagai seorang isteri.

Geleng kepala bila teringat apa yang belum dilunaskan, apa yang belum dijalankan, apa yang belum mencukupi.

Kalau calon masuk neraka ada, mungkin aku tershort listed sebab tanggungjawab aku pada suami.

Tapi badan aku ada satu, tangan ada dua, kaki ada dua. 

Tak terjalan bila kena mainkan peranan ibu dan isteri serentak.

Aku hilang diri sendiri.

Dan sentiasa kepenatan.

Tapi kena bersyukur sebab keadaan aku jauh lebih baik daripada ibu-ibu lain di luar sana.

Moga akan belas ehsan dari suami aku untuk meredhai semua kekurangan aku, rahmat dan rahmah Allah untuk mengampunkan dosa-dosa aku, dapatlah aku ke syurga. 

Walaupun masuk di sudut syurga pun aku bersyukur.

Sesungguhnya aku telah gagal dalam ujian kehidupan.

Penat. Letih.