Thursday, March 6, 2014

Ke Mana Arah Tujuan Aku.

Assalammualaikum semua. (kepada yang membacalah, ada yang membaca?)

Sudah bulan ketiga menanam anggur dan bisness dropship yang diceburi tidak menunjukkan peningkatan yang menggalakkan. Emmm?? Tak tahulah mungkin rezeki aku susah nak lekat kot.

Apa yang aku mahu?

Aku selalu terdiam apabila berdialog dengan diri sendiri tentang apa yang aku mahu, apa yang aku mampu, siapa sebenarnya aku dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aku.

Tetapi aku sangat baik dalam menganalisis dan menjangkakan personaliti dan situasi orang disekeliling aku tetapi untuk diri aku sendiri aku tak tahu.

Duduk rumah selama 3 bulan aku tiada pencapaian yang boleh aku banggakan. Hanya buat perkara-perkara tipikal apabila duduk dirumah.

Berbalik kepada persoalan apa yang aku mahu?

Apa yang aku mahu?

Pening sendiri berfikir, pening sendiri berbalah.

Aku tak tahu apa yang aku mahu.

Emmm, susah juga kalau sudah ada beberapa ribu dalam akaun bank. Rasa semangat nak cari duit tiada. Sebab aku rasa semua benda dah cukup, dah ada. Keinginan untuk mempunyai benda2 atau perkara2 yang tertentu tiada.

Aku tak terasa nak baju baharu, sebab dalam almari aku ada banyak baju yang masih boleh digunakan.

Aku tak terasa nak kasut baharu, sebab aku memang pakai 1 sandal dan 1 kasut sukan yang memang dah ada sampai dah tak boleh pakai.

Aku tak terasa nak tudung baharu, sebab aku punya stok tudung hitam banyak daripada tudung warisan mak aku dulu.

Aku tak terasa nak kereta baharu, sebab aku ada lesen tapi nak bawa kereta takut.

Aku tak terasa nak kerja keras cari duit, sebab dalam tabung haji aku ada beberapa ribu yang aku simpan sejak aku belajar lagi.

Aku tak terasa nak buku baharu, sebab buku yang aku baca memang mahal, aku boleh download free dari internet dan buku yang aku beli daripada Big Bad Wolf belum lagi aku habis baca.

Aku tak terasa nak ada boyfriend atau ada suami, sebab aku tak rasa yang aku ada capacity untuk handle emotion load yang ada dalam sesebuah perhubungan.

Aku tak terasa nak ada handphone canggih baharu, sebab ada 2 handphone yang dah tak digunakan tapi masih boleh digunakan lagi dalam rumah ini.

Aku tak terasa nak ada barang kemas, sebab aku memang tak pakai jewelery kecuali seutas rantai yang parents aku bagi.

Aku tak terasa nak beli barang make-up, sebab muka aku memang sensetif dengan bahan-bahan kimia yang bukan-bukan.

Aku tak terasa nak buat jalan-jalan cari makan, sebab aku sedang diet berat tak turun-turun lagi ini.

Aku tak terasa nak travel mana-mana, sebab aku lebih senang duduk dalam rumah dari berada dikalangan orang-orang yang tidak dikenali. Like once I said on FB "I hate crowd and I hate crowded places".

Aku tak terasa nak ada tab, sebab laptop aku yang berusia 6 tahun masih lagi berfungsi dan wifi wireless rumah aku 24 hour operation.

Hari itu aku mintak abah transferkan duit pada aku sebanyak RM1000.00 dan tolak duit dividen tabung haji aku. Dan tak sampai sebulan duit itu dah habis.

Apa yang aku beli:

2 pasang baju kurung (mak 1, aku 1) = RM 116
2 tube Herbalife Formula 1 (ini buy 1 free 1, jadi aku dapat free aloe vera dan TC control) = RM 247.27
1 penimbang digital (penimbang ini memang aku nak, senang nak pantau berat badan aku) = RM 75
2 jenis cloth pad. (nak mesra alam la katakan, aku beli dua jenis) = RM 182 + RM 86 = RM 268
1 set pencuci muka Herbalife (pencuci muka aku dah habis, dan malas nak berjalan ke kedai beli) = RM 196.27

Jadi Grand Total ialah = RM 902.54
Baki Dibawa Kehadapan = RM 97.46

Jika dilihat daripada pembelian aku diatas, semua yang aku item yang aku beli mempunyai diskaun atau potongan harga.

Harga sebenar:

2 pasang baju kurung = RM158
2 tube Herbalife Formula 1 + 1 Aloe vera + 1 TC Control = RM 721.40 (sebelum -35%) = RM 507.21 (postage+handling)
1 penimbang digital = RM 300
2 jenis cloth pad = RM 193 + RM93
1 set pencuci muka Herbalife = RM 265.60 (sebelum -35%)

Jadi Grand Total ialah = RM 1516.81
Baki Dibawa Kehadapan: - RM 515.81

Penjimatan yang dilakukan: RM 1516.81 - RM 902.54 = RM 614.27

Itu kalau aku yang membeli barang, aku cuba tanam prinsip yang BELI MASA ADA OFFER SAHAJA!!

Baju, penimbang dan cloth pad aku beli masa ada diskaun besar-besar.

Herbalife pula, aku beli masa ada offer dan guna diskaun ahli aku. Aku fikir dari beli pencuci muka di kedai baik aku beli pencuci muka Herbalife sebab ada ahli. (tapi aku musykil dengan pengiraan yang baharu ini, dah lari sedikit).

Oleh itu, dengan adanya wang RM1000 dalam bank aku maka aku dapat apa benda yang aku mahukan.

1) Herbalife dan penimbang => penjagaan berat badan
2) Herbalife skincare => penjagaan kulit muka aku
3) Cloth pad => penjagaan hygiene masa datang bulan dan memudahkan aku agar tidak payah beli pad bila datang bulan.
4) Baju kurung => pakai bila dah posting nanti. Kalau ada offer lagi nak beli lagi 2 atau 3 pasang. Mak pun suka juga dengan baju kurung jenama ini.

Jadi dengan terbelinya benda-benda diatas aku dah dapat almost everything yang aku mahukan. Jadi nak kumpul duit tue malas nak kerja.

Tapi memandangkan aku nak posting, aku kena cari sikit-sikit duit untuk guna untuk 3 bulan pertama aku tak bergaji nanti. Tapi aku belum tahu atau decide nak buat apa.

Aku dah tuliskan flayer yang upline aku bagi untuk promo Herbalife. Tapi aku agak teragak-agak nak mulakan. Mungkin esok aku aku edarkan flayer2 tersebut disekitar tanam aku ini sambil berjalan-jalan, percaya tak aku tak pernah berjalan-jalan dalam taman aku ni. Sebab aku takut kalau ada orang jahat.
Damn on paranoia.

Aku nak buat tapi aku malu. Kita tunggu sahaja esok berjaya atau tidak aku nak edarkan flayer2 tersebut. :)

Tapi satu yang aku pasti pasal diri aku sendiri.

Aku boleh pendamkan keinginan aku sampai aku dah tak ingin lagi dengan benda tersebut sehingga aku betul-betul mampu milikinya tanpa menyusahkan orang lain.

Tunggu entri aku esok. Berjaya atau tidak aku bagi flayer ke rumah jiran-jiran aku.

No comments: