Wednesday, October 24, 2012

C-I-N-T-A


Salam..

Jatuh – Cinta. (Read: Falling in Love)



Topik yang saya kira semua orang berminat untuk dibaca.

Asal isu kapel-jatuh-cinta-jatuh-tangga semua orang suka.

Saya tidak terkecuali menyukai dan terjerumus dalam kancah cinta-hati-perasaan-sebelum-kahwin.

Lebih dasyat lagi bila tergolek hati kepada suami orang. That make things even worst and scarier I tell you.

Kalau tergolek dekat orang single dan belum berpunya, itu belum parah lagi dan mencabar lagi.

Tapi bila tergolek dengan suami orang memang agak mencabar dan emotion state masa itu memang macam rollercoaster.

Mula – mula jumpa dan kenal tengok dari jauh,, “eh..eh.. ustaz la.. bagus ni nak jadi calon. Mak dah bising suruh kawin.” (note: umur masih lagi setahun jagung dan tidak habis lagi belajar.)

Tak pernah bercakap, tak pernah bertegur even tak pernah tersenyum sesama kami. Tapi memandangkan mata yang gatal dan hati yang tergoda, usha-usha dari jauh. (ini memang salah dan dah  termasuk kategori zina mata dan zina hati. Tapi syaitan membisik-bisik dan akhirnya terperangkap jua, dengan bisikan-bisikan tersebut.)

Ingat single, tapi kawan cakap dah ada tunang.

“Alamak,, dia dah bertunang la pula”. Kecewa sekejap.

Tapi hati tidak mahu give up. “Seriously,, muda lagi kot takkan dah ada tunang” cakap hati yang tidak boleh terima kenyataan. (ini sangat bahaya yaaa kawan-kawan kalau tidak dikontrol dengan baik.)

Cuti Raya Aidilfitri 2012.

Perasaan tenang sedikit. Terbayang – bayang wajah dia.

Dan iya saya jatuh cinta pada minggu pertama berpuasa pada bulan Ramadhan 2012. Orang sibuk tambah amalan saya tambah dosa. Astagfirullah al-azim.

Lepas Cuti Raya Aidilfitri 2012.

Dengan penuh bersemangat pada pagi untuk mulakan hari sebab nak usha dia sebenarnya. Tapi tengok-tengok dia tak ada pula. Tunggu punya tunggu rupanya dia cuti berkahwin seminggu.

“Adeh‼ Betullah dia dah berkahwin”. Kecewa lagi buat kedua kali. Kali ini dengan perasaan yang terluka dan berdarah (eseh‼).

Walau dah tahu dia dah berkahwin, tetap berharap sementah lagi saya buat sedikit research tentang poligami sejak setahun setengah yang lalu dan faham tentang itu. Maka mahu sahaja approach ajak dia kahwin dengan saya walau saya tahu dia tidak ada perasaan dengan saya. Isteri kedua pun tidak mengapa asal dia mahu.

Sound pathetic, aye?

Memangpun.

“I need a closure. Not necessary involving him. It all about giving a closure to me for me enables to move on.” My heart said.

So, buka facebook dengan pengalaman menjadi stalker berjaya, dapat cari FB dia dan isteri dia sekali. Usha – usha.

Uuuuu..

Bahagia di hari bahagia mereka.  Bahagia di hari bulan madu mereka. Bahagia dengan hari-hari yang mereka lalui.

Among my friends saya paling logical, paling sensible, paling berpandangan jauh kehadapan. 

Oleh kerana saya tahu yang bercinta dalam ISLAM is not an option and never be an option, lebih-lebih lagi dengan suami orang.

Maka,

“Apa yang perlu aku buat?”

  1.  Lupakan dia (tapi ada depan mata kot. Sebelah bilik ja)
  2. Jangan tengok sangat (dah depan mata takkan tak tengok, nanti langgar tiang)
  3. Jangan kemana-mana atau buat apa-apa yang ada kaitan dengan dia (tak boleh, mengajar kelas sebelah-sebelah, masa mengajar kebetulan selisih selalu, Jambori jadi pengiring sama-sama, apa-apa pun akan involved dia. Sejak tergolek ini ditakdirkan banyak jumpa dia daripada sebelum tergolek. Pelik bin ajaib.)
  4. Doa. (tetap dan berpencen,, berdoa)
Note: saya tidak ikut bulatan gembira, tak tahu dakwah, kurang berilmu ISLAM walaupun sejak lahir ISLAM, tidak ada naqibah, tak pergi usrah dan ceramah agama dan IMAN senipis kulit bawang. Dan pastinya saya senang nak hayut dengan perasaan dan benda yang sebegini.

TAPI‼‼‼

Alhamdulillah.

Sepanjang peperangan perasaan saya, ALLAH ada dengan saya.

Mula – mula terdetik pada dia, saya doa kalau ada jodoh satukan kalau tidak ada jauhkan.

Petanda pertama yang ALLAH beri: Pengetahuan yang dia dah bertunang dan akan berkahwin.

Emmmmmm… terkedu bila tahu.

Tapi tidak mengapa.

Berdoa lagi. Kalau betul – betul bukan jodoh hilangkan perasaan yang ada agar tidak sia-sia dengan orang yang memang bukan ditakdirkan.

Alhamdulillah.

Perasaan dah tidak sedasyat mula-mula tergolek. Masih teringat – ingat. Masih terbayang – bayang.

Tapi setiap kali itu terjadi cepat-cepat doakan dia bahagia dan moga-moga dapat anak cepat. J J.

Pengajaran dan Pembelajaran yang saya dapat:

  1. Perasaan dan emosi kita boleh dikawal dan dikontrol dengan bantuan ALLAH. 
  2. Jiwa menjadi kuat bila bersandarkan ALLAH dan datang mana-mana cinta boleh ditepis bilamana cinta itu datang bukan pada tempat dan masa yang sesuai.
  3. Cinta ALLAH free dan tidak perlu dirayu sentiasa ada and abundant, rujuk artikel: Jatuh Chenta dengan ALLAH dulu.Boleh?.
  4. Cinta pada manusia tidak bermakna tanpa cinta pada ALLAH.

Dan saya masih disini dengan hati yang makin tenang, cuba dan masih mencuba menyemai dan memupuk cinta pada DIA.

Terbayang, teringat dan terkenang selalu dan setiap hari tapi hati tidak bergoncang.

Kesimpulannya, cinta bukan masalah yang besar. Ia besar bila diperbesarkan mengikut rasa. Bila semua diserahkan kepada ALLAH. Cinta bukan masalah

Banyak lagi masalah yang perlu perhatian kita:

  •  Focus belajar sebab minggu depan sudah mahu peperiksaan. (belum study lagi)
  •  Manage duit elaun (belum hujung bulan dah habis)
  • Diet (makan banyak berat bertambah. Aish..)
  • Long Life Learning (Ilmu tidak ada ini. Banyak kena belajar)
  • Bacaan Al-Quran (merangkak-rangkak lagi. Dah ada anak nanti susah kalau mak sendiri tak lancar mengaji)

Saya tahu ini bukan menjadi peristiwa akhir jatuh-cinta-tergolek-tangga. Mungkin bila saya terjumpa lagi orang lain, episode ini mungkin akan berulang lagi. 


Tapi, 

Dengan ada ALLAH dan doa pada ALLAH cinta yang datang akan terkawal dan terjaga tanpa perlu couple-berkasih-sayang-meleret yang sesak-jiwa-dan-nafas-orang-melihat. 

Cinta yang asyik ialah cinta lepas kahwin dan mari kita sama-sama jaga cinta agar tidak tergolek sebelum waktu yang betul, masa yang betul, tempat yang betul dan orang yang betul.

Siapa orang yang betul?

Semestinya, suami kita. J J

Perkongsian pengalaman yang tidak seberapa. Adios Amigos.

"Cinta adalah fitrah. Perlu menjaga fitrah agar tidak terfitnah. Bersandarkan cinta pada ALLAH, cinta fitrah pada manusia akan terjaga dan tidak terfitnah"

Saturday, September 29, 2012

I See and Have a Chances.. Thank You ALLAH. Part 1

Assalammualaikum.. 


“When a Muslim or a believer washes his face (in course of ablution), every sin he contemplated with his eyes, will be washed away from his face along with water, or with the last drop of water; when he washes his hands, every sin they wrought will be effaced from his hands with the water, or with the last drop of water; and when he washes his feet, every sin towards which his feet have walked will be washed away with the water or with the last drop of water with the result that he comes out pure from all sins”. [Sahih Muslim : Book 2, Number 0475].

Read more: http://productivemuslim.com/cleanliness-and-productivity-part-1-wudhu/#ixzz27rB6Qa6q



Purify the soul and body with ablution. A great blessing from ALLAH. Masya-ALLAH. Alhamdulillah.

Saturday, March 24, 2012

Betul Mereka Kata..

Assalammualaikum..

Benar kata mereka:

"Hidup akan lebih tenang dan mudah apabila hati berlapang dada dan bersyukur daripada membenci dan merintih"

Dan saya merasainya sekarang. Alhamdulillah ALLAH membantu saya dalam pengurusan hati yang sentiasa timbul perasaan tidak puas dan iri. Alhamdulillah. 

Moga ALLAH membantu semua dalam pengurusan hati. Cuba dan terus mencuba menjadi baik walaupun kadang-kala tergelincir apabila leka mendengar bisikan-bisikan syaitan. ALLAH Maha Pengampun, moga diampun segala dosa kita.. amin..

p/s: entri pendek, sibuk berpraktikum.. Doakan semoga berjalan lancar.. Tersentuh hati melihat muka dan mata anak-anak kecil yang dahagakan ilmu tapi saya tidak mampu sampaikan ilmu itu sebaiknya. doakan saya agar dapat sekurang-kurangnya memberikan sedikit impak yang berguna kepada anak-anak suci ini. :)

Monday, February 20, 2012

It Hurt's So Much When I Came To Realize...

Assalammualaikum,

Like the other day I do my favourite past time, blog hopping on my favourite topic “Marriage” or to be more specific it’s “Polygamy”. Weird right, a student and single girl so keen towards the topic even though I didn’t marriage yet and never had in my mind to being marriage soon. It just my mind and heart can’t be content if I didn’t read something about that topic.

This topic gave me so much perspective how we human @ Abdullah (Slave of ALLAH) should look to life. There are several things that I have learnt today and it struck me so much its hurts when I came to realize that:
  1. Life is not just wonderful as I always thinking it about.
  2. There are lots, lots and lots problems, emotional roller-coaster and fitna out there wait for me.
  3. I don’t love ALLAH enough to give up dunya.
  4. I don’t love ALLAH enough than those entire people that have surpassed and survive such a great test given by ALLAH.
  5. I don’t think I can survive if I were in their shoes.
  6. The biggest trials for women and it been a worst nightmare is polygamy. (Reality check, Yes!)
  7. There are lots things that I think I know about but it turns that I actually know nothing about it.
  8. Life is life. Life is disappointments and frustrated if we put so much hope and dream in it.
  9. I hate that I Ignorant and Arrogant. I hate when both of Miss I and Miss A come overtake my sense. I hate it when I want desperately to let them go but my Alter-Ego holds it back tightly.
  10. I feel ashamed to ALLAH and everybody that I’m a sinner and doesn't put any effort to make things right and gradually just stop trying to make it right.
  11. I feel tremendously and downright jealous toward people that had strong faith in Islam.
  12. I always thought that every thing that I do is enough for me to deserve Jannah but, it turns ... ...
  13. I was getting frustrated with me, myself day by day.
  14. It is really OK, if I doesn’t like meeting people and I like it best when I in my sanctuary of home?
  15. It is really OK, If I doesn’t like going to religion sermon and usrah? I like it best when I gain knowledge by reading a book or internet. It is really OK?
  16. I hate it when I can’t came out  any suitable and relevant reason to those both above question.

It struck me so much it hurts, when me doesn’t know how I am, what I really want and the reason I Live this Life.

I guess this will be a long journey before it meets the end. May ALLAH grant me a Iman, Taqwa and Patient until me meeting Him. Pray for me please.

Sunday, January 15, 2012

Iqra': Smart Heart

Assalammualaikum.

Di dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh tubuh. Apabila ia rosak, rosaklah jua tubuh. Ketahuilah daging itu adalah hati.
-Nabi ALLAH, Muhammad bin Abdullah-

Kita benar-benar yakin yang hati adalah pusat segala aktiviti harian kita. Hati yang mengendalikan segala tingkah-laku otak. Otak bekerja mengirimkan mesej tetapi dalam hatilah mesej itu diolah.

Ketika hati insan jernih, hati itu mampu menterjemah mesej dengan jelas, terang-benderang dan positif. Namun apabila hati gelap-gelita, proses terjemahan menjadi keruh, emosional dan merosakkan. Tidak hairanlah orang yang hatinya kotor akan menghidap pelbagai penyakit hati, tindak-tanduknya cenderung meresahkan orang bahkan membahayakan dirinya sendiri.

Maka satu-satunya usaha meningkatkan kualiti hidup, fikiran dan emosi manusia, perlu bermula daripada hati. Usaha mengekalkan hati yang bersih dan membersihkan hati yang kotor. Melalui hati yang suci ini, lahir insane baru yang cerdas fikirannya, baik prasangkanya dan positif pula perbuatannya.
-Smart Heart by Rusdin S.Rauf (Edisi Bahasa Melayu, PTS Millenia)-



Ini adalah serba sedikit synopsis buku yang sedang saya baca. Buku ini mengisahkan bagaimana kita manusia boleh melembutkan hati yang selama ini keras, kotor dan sakit dengan menggunakan teknik Multiple Intelligence atau Kecerdasan Pelbagai.

Jujur saya katakan, pertama kali saya membaca synopsis buku ini hati saya terus tertarik. Tertarik dengan cara pendekatan yang digunakan iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai. Selalu saya membaca dan berfikir teori ini hanya digunakan sebagai salah satu kaedah pedagogi untuk mengajar di kelas. Ternyata saya silap, teori ini juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Dan yang lebih mengasyikkan ialah teori yang dipelopori oleh Howard Garner dapat mengarahkan hati kepada ALLAH, untuk mengenal dan mendekati-NYA.

Masya-ALLAH, segala puji hanya bagi ALLAH yang mengilhamkan penulis buku ini mengaplikasikan teori tersebut kearah yang lebih spiritual bukan hanya di dalam kelas/bilik darjah sahaja.

Hati yang lembut akan menzahirkan tingkah-laku yang sopan, baik dan manis. Penulis buku ini mengatakan bahawa:

" Kedudukan manusia di hadapan ALLAH bergantung pada kedudukan hatinya. Manusia dapat meraih kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH sehingga melebihi malaikat, bersandarkan kepada keimanan dan ketakwaannya. Ketakwaan dan keimanan tidak akan diperolehi sekiranya orang itu tidak melembut, melunak dan membersihkan hatinya. "

Selalu orang berkata,

"Bukan aku tidak mahu berubah, tapi hidayah ALLAH belum lagi datang"

Sesungguhnya itu salah, dalam mencari ALLAH usaha itu penting. Sebagaimana kata seorang Wali ALLAH, Syeikh Abdul Qadir Jilani 

"Anyone who seek ALLAH will surely find HIM"

Maka, jangan ditunggu hidayah tersebut tetapi carilah ia. Carilah hidayah itu dengan melembutkan hati dengan menimba ilmu. Ya ilmu!! Ilmu sangat penting untuk kelembutan hati. Semakin banyak kita menimba ilmu semakin kita merasa rendah diri dan tunduk dengan kekuasaan ALLAH. Dengan ilmu akan terbuka minda dan hati kita untuk berfikir betapa besarnya ALLAH dan betapa kerdilnya kita yang hina ini. Carilah bukan tunggulah Hidayah ALLAH. Buatlah kewajipan yang disyariatkan oleh ALLAH walaupun pada permulaannya terasa susah. Tetapi lama-kelamaan, ia akan menjadi rutin kita dan apabila ditinggalkan akan merasa janggal pada diri. Sepertimana pepatah English;

"Fake it until you made it"

Insya-ALLAH pada entri yang seterusnya saya akan berkongsi kisah-kisah dan teori-teori yang menarik daripada buku ini untuk kita, hamba/insan/manusia ini berfikir secara mendalam  tentang kebesaran ALLAH untuk mendapatkan hati yang lembut agar sentiasa dekat dengan ALLAH. 

Monday, January 9, 2012

Tuhan Aku Rindu Dia

Dia yang tidak pernah ku temui
tiba-tiba menyentuh sanubari ku yang paling dalam
saat aku terkenang akan Dia
air mataku jatuh bercucuran

oh hatiku sepi tiba-tiba
terasa ingin berjumpa
terasa ingin bertemu
terasa ingin bersua

Tuhan temukan hambamu
dengan Dia yang ku rindui
walau sedetik
walau sekejap
walau seketika
walau di dalam mimpi

namun aku sedar
itu tidak bisa

maka Tuhan
beri aku cahaya 
agar dapat ku terangi jalan-jalan yang suram
beri aku kekuatan
agar dapat ku melangkah gagah ketika kaki ku goyah
beri aku harap
agar dapat bersinar harapan yang layu

Dia yang menyayangiku terdahulu
Dia yang mengasihiku terdahulu
Dia yang merinduiku terdahulu
Dia yang mencintaiku terdahulu

Ingin ku bersamanya disana
Ingin ku tatapnya disana
Ingin ku temunya disana

Satu ingin ku ucapkan padanya
aku rindu padanya
aku cinta padanya
aku sayang padanya
aku kasih padanya 

semata-mata kerana ALLAH
walau kita tidak pernah bersua

perjuangan mu
tanda kasih mu pada ku
kesakitan mu
tanda cinta mu pada ku
kesengsaraan mu
tanda sayang mu pada ku

aku sayang
aku rindu
aku kasih
aku cinta 
pada mu Ya Rasul Allah Muhammad bin Abdullah 
walau kau yang ku kenal
hanya pada nama dan perjuangan mu


Nur Zulieqha Mad Amin
Keningau, Sabah
(29.10.11- 12.12 am)

Judge and Plan

Assalammualaikum.

‘Don’t judge the book by its cover’

Satu peribahasa yang biasa kita dengar sepanjang proses pembelajaran Bahasa Inggeris ataupun English Language di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Peribahasa ini membawa maksud yang hampir sama dengan peribahasa Bahasa Melayu; ‘Tak kenal maka tak cinta’. Kedua-dua peribahasa ini mengajak kita manusia/insan/hamba ALLAH untuk berfikir, bahawa seseorang dan sesuatu perkara hendaklah dikenali sebelum diadili.

Ya, kita manusia yang fitrahnya akan menentang dan akan mengkritik seseorang atau sesuatu perkara yang berbeza dengan pemikiran dan kebiasaan kita. Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa perbezaan itu mungkin akan memberikan kita ilmu yang tidak kita akan perolehi di kuliah dan buku? Maka adilkah bagi kita untuk mengadili seseorang itu tanpa mengenalinya terlebih dahulu? Mengenali sifat dan karakter yang sebenar? Adilkah kita?

Jika kita dikritik dengan orang yang lansung tidak mengenali tentang kita, apakah yang akan dirasai?

Sakit hati?

Benci?

Terluka?

Kesemuanya di atas?

Ini yang terjadi kepada saya sepanjang 22 tahun saya hidup di dunia. Saya salah mengadili orang di sekeliling saya. Saya hanya melihat sikap luaran mereka tanpa mengenali mereka dengan lebih dalam. Sehingga perbuatan saya menjadi natijah kepada rakan-rakan disekeliling saya. Ya saya akui first impression adalah penting tetapi ia tidak sepenting kita bergaul dan mengenali seseorang itu dengan lebih dekat lagi.

Saya punya sahabat sekelas yang lansung tidak berminat untuk belajar di kuliah. Jika diperhatikan secara luaran saya akan mengatakan beliau tidak akan punya masa depan yang cerah jika bersikap begitu sepanjang masa tanpa mengambil apa-apa inisiatif untuk berubah. Dan pendapat itu saya pegang daripada semesta 1 sehingga sekarang semesta 8.

Tetapi ALLAH maha Adil. ALLAH menggerakkan hati kami untuk berbincang secara terperinci tentang Over Draft (OD) semasa di kelas tadi bersama dengan rakan-rakan yang lain dan dialah yang paling lantang bersuara memberikan pendapat tentang perkara tersebut.

“Macam mana kau tahu banyak perkara tentang ini?” Tanya saya selepas dia membuat sedikit pengenalan tentang Over Draft kepada saya dan rakan yang lain.

“Inilah cara pelaburan orang-orang kaya. Dan aku mahu cuba cara ini untuk membantu bisnes aku” Terangnya ringkas.

Masya-ALLAH. Saya dan rakan yang lain terkedu. Tidak menyangka bahawa dia yang kami katakan pemalas, mata merah dan penidur mempunyai bisnes yang diceburi. Saat itu saya terkedu tidak terkata apa-apa.

Saya berasa kagum dengan beliau. Walaupun dikritik dan dicemuh dengan pekerjaan sambilan sebagai tourist guide di tempat kami namun dia tidak mengalah. Dia terus dan terus berusaha mengapai impiannya untuk menjadi peniaga berjaya. Beliau juga mempunyai rancangan jangka masa 10 tahun ke hadapan. Dan saya mendengar dengan penuh takjub rancangan yang telah dirangka oleh beliau.

Subahanallah, hebat sungguh beliau. Banyak ilmu yang saya perolehi daripada beliau.

Salah satu pengajaran yang saya belajar hari ini ialah, hidup bukan untuk masa ini sahaja. Hidup adalah untuk masa hadapan. Kerana apa yang kita lakukan hari ini mencorakkan masa hadapan kita. Bak kata English Proverb;

He, who fails to plan, is planning to fail.

Sesiapa yang gagal untuk merancang akan merancang untuk gagal.

Saya terkesima dengan pengajaran yang saya belajar hari ini. Rakan saya tersebut yang selalu dikritik dan dicemuh mampu untuk merancang strategi peniagaan beliau dengan begitu teratur, bagaimana pula saya. Saya termenung seketika apakah perancangan saya untuk 5 atau 10 tahun akan datang? Apakah perancangan saya jika nilai wang semakin susut dan harga barang semakin naik? Apakah perancangan saya jika tiba-tiba saya tidak diambil bekerja atau diberhentikan?

Ya ALLAH saya tidak punya apapun perancangan.

Tiada

Kosong

Hidup tidak punya perancangan seperti hidup tanpa arah. Saya terfikir tanpa perancangan dimanakah saya akan berdiri 5 atau 10 tahun akan datang?

Sungguh salah penilaian saya pada rakan saya tersebut dan saya termalu sendiri apabila mengenangkan diri saya sendiri yang tidak mempunyai back-up plan untuk terus menjalani keseimbangan hidup di dunia ALLAH ini.

Kita merancang dan ALLAH juga merancang tetapi semestinya perancangan ALLAH lebih baik dan sempurna daripada perancangan kita kerana ALLAH lah pemilik diri kita. Tetapi tidak salah untuk kita merancang hidup ini dengan ilham dan bantu dari ALLAH, Insya-ALLAH segala urusan akan dipermudahkan oleh-NYA.

Oleh itu, jangan menilai orang atau sesuatu perkara berdasarkan apa yang terzahir dan tersurat tetapi nilailah menggunakan mata hati yang dalam. Rancanglah kehidupan ini agar menjadi lebih terancang dan teratur. Tetapi apabila tiba hidup kita tidak seperti yang dirancang, yakinlah ALLAH mempunyai rancangan yang lebih baik untuk kita hamba-NYA. Insya-ALLAH.

Dan untuk anda rakan saya, saya doakan anda agar terus berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi dan saya yakin dengan izin ALLAH anda akan berjaya kerana anda mempunyai sesuatu yang jarang ada pada orang lain iaitu keberanian dan keyakinan untuk merubah dan merancang kehidupan yang lebih baik untuk masa akan datang. Moga ALLAH merahmati dan memberikan rezeki pada anda. Yakinlah sabda Rasulullah bahawa 9 daripada 10 pintu rezeki adalah perniagaan. Dan anda sedang mengikuti jejak Rasulullah yang bijak dan jujur berniaga. 

Sunday, January 8, 2012

She The One and Only

You have done so much for me and i could never repay you even though that what i wanted to do the most. Please ALLAH take care, protect, bless and love her. because she one of  person that i love the most in this world. and the whole family will lost without her. we are at the trying time. being apart form each other tear my heart. and to hear she struggle alone there make my heart ache. please ALLAH help her so she can adopt the new environment without us beside her. how i miss her so much. 


Saturday, January 7, 2012

Cukup Cintakah Kita?

Assalammualaikum..

Pagi ini semasa saya sibuk melihat status-status rakan-rakan FB di home, saya terjumpa satu status yang saya kira sangat menyentuh hati saya sebagai seorang muslim. Ia ditulis oleh seorang novelis lelaki muda yang tidak dinafikan sungguh berbakat. Dapat menghasilkan 3 buah manuskrip dalam masa setahun. Masya-ALLAH. Semoga ALLAH membantu beliau berdakwah melalui novel-novel yang beliau karang.

Di wall beliau:

Mencintai Allah ialah sebuah tanggungjawab yang terindah. Kerana, cintakan Allah ialah gerbang penyatu langit dan bumi. Cintakan Allah juga ialah kunci dunia dan selepasnya. Cintakan Allah juga ialah nyawa ketaatan.

Kerana itu ada ulama pernah berkata; "Wahai Allah, sungguh aku cinta pada-Mu, walau aku bermaksiat kepada-MU."

Jangan putus cinta dengan Allah. Kerana cinta-Nya pada kita umpama tali yang takkan putus. Hanyasanya kita yang bertindak melampau- memutusnya dengan runcing kedurjanaan.

Selepas membaca status beliau, saya terfikir sendiri. Cukup cintakah saya pada ALLAH? Cukup cintakah saya pada ALLAH lebih dari saya cintai keluarga saya, rakan saya, guru saya dan novel-novel saya? bungkam seketika dengan persoalan itu.

Apakah itu cinta? Apakah yang dimaksudkan dengan cinta? Saya tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan cinta yang sebenarnya cinta. Tapi menurut satu laman web PakarCinta.com;

“Cinta membawa suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersama dengannya.

Berat sungguh pengertian cinta itu. Berat sungguh perasaan cinta itu sehinggakan kita harus mengorbankan diri sendiri untuk orang yang kita cintai. Cinta, mencintai dan dicintai adalah satu tanggungjawab yang maha berat yang hanya mereka yang kuat dari segi JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial) sahaja yang mampu untuk memikul tanggungjawab cinta, mencintai dan dicintai.

Mengapa? Kerana ada waktu-waktu cinta diuji dengan halangan kekuatan JERIS ini sangat-sangat diperlukan untuk mengelakkan cinta itu menjadi racun yang boleh membunuh. Dalam pada masa akhir zaman ini tiada sudah cinta yang benar-benar suci selain cintanya hamba pada ALLAH. Cinta antara manusia seringkali di temani oleh syaitan yang senantiasa mahu melihat manusia musuh-memusuhi dan benci-membenci.

Tetapi jika segala halangan dan ujian itu dapat dilalui dengan tenang dan matang maka degan izin ALLAH cinta itu akan berkembang dan mekar lebih dari sebelum itu. Tetapi ingatlah tiada cinta yang lebih agung dari cinta pada ALLAH. Cinta ALLAH membawa ke SYURGA. Cinta manusia jika salah pembawakan, jika salah pentafsiran akan membawa musibah.

Bercintalah dengan berpada-pada. Agar jika cinta itu hilang kita masih punya cinta untuk diri kita.

Bercintalah dengan berstrategi. Agar jika cinta itu hancur kita sudah punya rancangan untuk bangkit.

Bercintalah dengan berhati-hati. Agar jika cinta itu kecundang sakit tidaklah seperit mana.

Bercintalah kerana dan semata-mata ALLAH kerana cinta ini akan mendapat Redha, Rahman dan Rahim dari ALLAH.

Cintailah dulu ALLAH sebelum mencintai dunia dan isinya agar nanti jika dunia dan isinya mengecewakan, kita tidak terduduk kerana hanya CINTA pada ALLAH sahaja yang kekal di dunia ini.

Maka cukup cintakah saya pada ALLAH?

“Ya ALLAH kami letakkan cinta yang ada dalam hati ini untuk MU Ya ALLAH agar apapun yang terjadi, kami tidak akan kecewa dan sedih kerana kami tahu hanya cinta pada MU yang kekal dan abadi. Cinta-cinta lain akan mati dan layu apabila sampai masanya. Lindungilah kami dari cinta yang melalaikan kami dari mengingatiMu, lindungilah kami dari cinta yang mengasyikkan dan memabukkan hingga lupa kami pada tanggungjawab padaMu dan lindungilah kami dari cinta yang dusta yang boleh membutakan mata dan mengeraskan hati.Tetapkan hati kami untuk tetap mencintai-MU Ya ALLAH sebelum kami mencintai makhluk Mu agar cinta kami pada makhluk tidak melebihi cinta pada Mu ALLAH”

carilah kasih-sayang dan cinta dari ALLAH agar perjalanan hidup ini tidak terasa berat pabila ujian datang, tidak terasa sedih pabila kecewa dan tidak terasa kosong pabila ditinggalkan. 

Sungguh saya ingin hidup dengan CINTA, SAYANG dan RINDU hanya untuk ALLAH. Bantu saya Ya ALLAH. Sesungguhnya Kau tidak pernah menghampakan hambaMU. Amin.

Thursday, January 5, 2012

Perbezaan Yang Manis..

Assalammualaikum. 

Hati yang tenang senantiasa mengingati ALLAH yang ESA. Pabila sentiasa mengingati ALLAH benda yang berat akan terasa ringan, perkara yang susah akan menjadi mudah, ruang yang sempit menjadi luas kerana sentiasa yakin yang ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNya. ALLAH tidak sesekali akan meninggalkan hambaNya sekiranya kita hamba yang hina ini meminta pertolongan dan bantuan dari-Nya.

Tenang di kelas mengharungi sesi pembelajaran 4 jam interaksi kuliah tadi adalah kurniaan dari ALLAH. Mampu tersenyum sepanjang masa dan ilmu serasa senang meresap ke dada. Syukur dan Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH.

Saya mohon pada Mu ALLAH agar berkatilah semua guru-guru yang pernah, telah, sedang dan akan mengajar sepanjang saya menuntut ilmu-MU. Berkatilah juga mereka-mereka yang memberikan ilmu pada saya secara lansung atau tidak lansung sama ada melalui novel, blog, article, video, muzik dan lain-lain. Berkatilah mereka dan ampunkan dosa mereka. Kerana melalui mereka saya dapat mengenali Kau dengan lebih dekat.

Dalam perjalanan seorang pelajar yang sedang mencari ilmu hendaklah bertapak rasa rendah diri, ikhlas dan berlapang dada dalam menerima ilmu meskipun kadang-kala apa yang disampaikan tidak bersamaan dengan apa yang kita pegang selama ini. Perbezaan pendapat tidak seharusnya menjadikan umat ISLAM berpecah belah, tetapi hendaklah ia menjadi sebagai satu titik penyatuan antara kita.

Saya pernah terbaca satu artikel yang menyatakan sesuatu ilmu itu akan berkembang dengan perbezaan-perbezaan pendapat yang dikemukan. Ya saya bersetuju dengan perkara tersebut. Ini kerana satu-satu cabang ilmu mampu berkembang dan bertambah apabila dibahaskan secara ilmiah dan banyak pendapat yang diutarakan oleh para pakar. Dan apabila perbezaan-perbezaan ini dikaji akan terdiscover lagi ilmu baharu yang sebelum ini tidak diketahui. Ini akan memberikan ruang bagi masyarakat umum untuk membuat penilaian dan memilih manakah pendapat yang dapat mereka ikuti yang sangat dekat dengan fitrah dan kebiasaan mereka. Maka jika terdapat perbezaan pendapat berlapang dadalah dan berfikir sedalamnya tentang perkara tersebut.

Saya bukan scholar dalam bidang agama tetapi apa yang dapat saya katakana bahawa, kewujudan 4 mazhab iaitu Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi sebenarnya memberikan kemudahan kepada umat ISLAM melakukan ibadah kepada ALLAH dengan mudah. Keempat-empat mazhab ini memberikan perbezaan pendapat tentang perkara-perkara fiqh. Perbezaan-perbezaan pendapat ini amat memudahkan umat ISLAM kerana apabila kita tidak mampu melakukan sesuatu perkara fiqh berdasarkan satu-satu mazhab kita boleh merujuk pada mazhab yang lain yang lebih mudah perlaksanaannya. Ia tetap ISLAM kerana keempat-empat mazhab ini diasaskan oleh ulama Muktabar yang bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Saya beri sebagai contoh, dalam mazhab Syafie membayar zakat hendaklah menggunakan makanan ruji penduduk di sesuatu tempat, jika di Malaysia ialah beras. Tetapi Malaysia mengamalkan pembayaran zakat menggunakan duit sama seperti yang dipraktikkan dalam mazhab Hambali. Nah! Indah bukan perbezaan mazhab kerana terdapat alternative lain dalam melakukan sesuatu perkara fiqh jika tidak berkemampuan. Maka pemahaman yang mantap dan berlapang dada hendaklah ada bagi sesiapa sahaja tidak kira anda memegang mana-mana mazhab kerana semua 4 mazhab ini di sandarkan pada sumber yang sama iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Ketaksuban kepada sesuatu mazhab perlulah dielak bagi mengelakkan munculnya puak pelampau yang berfikiran sempit sehingga sanggup mencaci maki pihak yang tidak berpegang pada mazbah yang sama. Ingatlah kita hanya manusia yang terbatas. Perbezaan-perbezaan yang diutarakan oleh 4 mazhab itu memberikan kita pilihan untuk memilih cara yang sesuai untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada-NYA. Serasa saya tidak salah untuk kita mengikuti sesetengah perkara yang dipraktikkan oleh mazbah lain meskipun kita berpegang pada mazhab syafie.

Saya bukan menyokong pihak anti-mazhab. Bukan. Mazhab yang dipegang adalah satu garis panduan kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab tetapi jika terdapat mazhab lain yang mempunyai cara yang lebih mudah dan praktikal tidak salah bukan untuk kita mengikutinya bagi sesetengah perkara. Sekali lagi ini kerana, 4 mazhab tersebut bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Indah bukan ISLAM? Mempunyai sangat banyak penyelesaian bagi sesuatu hukum fiqh yang bersesuai dengan perbezaan kemampuan yang ada pada diri seseorang manusia itu.

Maka ayuh umat ISLAM semua, agar setiasa bersatu-padu mengelakkan perpecahan walaupun berbeza mazhab. Kerana kita tetap bertuhankan ALLAH, mengesakan ALLAH dan akan kembali jua pada ALLAH. Hanya ALLAH yang satu.

Walaupun berbeza mazhab tetapi Ukhuwah Islamiyah  tetap teguh  menegakkan syiar Islam di bumi ini.

Berlapang dadalah insan, agar kasih sayang bercambah hingga ke SYURGA ALLAH. Matlamat kita adalah Akhirat dimana tempat kita kembali pada ALLAH. Minta petunjuk dari ALLAH agar dapat diberikan kejernihan hati untuk menilai sesuatu pendapat mana yang hak dan yang mana batil.

Wallahu’alam.

p/s: Jika terdapat tersalah fakta atau kata. Silalah tegur kerana tiada insan yang sempurna dan saya baru belajar. Ilmu tidak setinggi gunung tetapi hati tetap ingin memberikan pendapat. 


Wednesday, January 4, 2012

Bahagiakah Aku Ini?

aku ingin bahagia kak,
lantas bagaimana ingin ku anyam jalur-jalur bahagia jika tali-tali derita mengunjungiku tidak sudah sudah,

aku ingin bahagia kak,
lantas bagaimana ingin ku corakkan warna bahagia jika hitamnya derita terpercik di kanvas hidupku,

aku ingin bahagia kak,
lantas bagaimana ingin ku gapai bahagia nun jauh disana jika dekatnya derita disisiku,

aku ingin bahagia kak,
lantas bagaimana ingin aku dendangkan lagu bahagia jika senandung derita seringkali kedengaran,

aku ingin bahagia kak,
apa pantas aku seorang kerdil ini mengecap bahagia itu?

aku ingin bahagia kak,
apa pantas aku yang hina ini merasai kemanisan bahagia itu?

aku ingin bahagia kak,
apa pantas bagiku untuk berada dalam dakapan hangat kebahagiaan itu kak?

aku ingin bahagia kak,
apa pantaskah mereka menyalurkan kebahagian kepadaku kak?

aku ingin bahagia kak,
apa pantaskah aku hirup harumnya bagai bau kasturi bahagia itu kak?

kak,, oh aku ingin bahagia kak,
kak,, oh aku sangat ingin bahagia kak,

kau diam sahaja dianjung melihat penderitaan ku tanpa mampu membuat apa-apa,
kau diam sahaja dianjung tertunduk sayu mendengar jiwa ku merintih sayu,
kau diam sahaja dianjung bergoncang hatimu merasai pedih hatiku oleh derita,
kau diam sahaja dianjung menitis air matamu sambil berharap dapat membasuh luka disanubariku.

dan aku terus merintih sayu, syahdu, pilu dalam kelam malam, bawah gerimis hujan.

aku ingin bahagia kak.

Nur Zulieqha Mad Amin
Keningau, Sabah
(31.10.2010-0959 pm)

bagi yang sedang mencari bahagia, mintalah pada ALLAH agar dikurniakan bahagia di SYURGA-NYA yang abadi. dunia hanya tempat kita singgah mengutip apa yang ada dengan sedaya upaya untuk bekalan bertemu dengan Rafiul A'la Kekasih di Daerah Tinggi. biarlah didunia ini derita dan sengsara asal bahagia di alam kekal abadi.


bangkitlah jiwa-jiwa yang pernah kecewa dan yakinlah bahawa semua akan indah akhirnya pabila diizinkan olehnya untuk melangkah kaki ke SYURGA ALLAH yang abadi. bahagiakanlah jiwa dengan mengingati pada ALLAH, bahagiakanlah hati dengan rindu pada ALLAH, bahagiakanlah diri dengan mengabdi dan beribadah pada ALLAH yang ESA.

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malamkan berakhir harikan berganti
Takdir hidupkan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindu tanda cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati menyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bias perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan alyu akan mati
Malamkan berakhir harikan berganti
Takdir hidupkan dijalani

Nyanyian: Opick
Tajuk: Tiada Duka Yang Abadi


Bila ALLAH dihati kaki melangkah dengan penuh yakin dan hati dan jiwa sentiasa tenang walau berat dugaan yang datang. bahagia hanya dengan kasih dan cinta pada ALLAH.