Friday, August 16, 2013

Herbalife Post: 1

Assalammualaikum..

Dah lama dah blog ini dah berupdate. Maklumlah aku suka membusykan diri dengan benda - benda yang tak berapa berfaedah sangat.

Okay mungkin sebahagian orang yang kenal aku apart from my family, tahu aku dah consume Herbalife dah 2 minggu dan tadi aku berjumpa dengan coach untuk first weight in.

Ini part yang menarik, aku dah consume herbalife untuk 2 minggu yang tak SOLID. Maksudnya ada hari - hari yang aku sengaja skip shake dan mixtea.

Maka disebabkan hari - hari ini juga bila aku weight in tadi, penurunan berat yang AMAT sedikit iaitu 300 gram.

Aku memang dah agak dah dengan penurunan yang sebegini sebab pola makan aku SALAH. Bukan itu sahaja, body fat aku meningkat, visceral fat aku meningkat, kandungan air aku menurun dan body age aku naik 1 tahun. 

How can this POSSIBLE?? 

Sebabnya 3 hari selepas hari raya ke 2 aku skip shake dan minum less than 6 liter air and mixtea.

SEE? 

Orang tak dengar cakap coach ini yang berlaku. Tapi coach aku Kak Maryam cool aje. Dia cakap tak pe rayakan. Tapi lepas ini mesti buat betul - betul sebab katanya, kalau kat tempat study memang boleh control makan dan nafsu makan juga.

KECEWA?

Aku tak kecewa pun dengan penurunan berat aku sebab aku admit memang punca kesalahan itu memang daripada aku bukan daripada HERBALIFE. Jadi nak cakap HL tak berkesan berdasarkan weight in aku memang tak adil kan. Sebab beribu raban orang guna HL dapat result yang POSITIF. 

Jadi aku memang dah positifkan diri aku dari rumah lagi dengan MIND SET aku: kalau tak turun tak pe sebab rata - rata produk tunjukkan result selepas 3 bulan mengikut komposisi dan kondisi badan. Jadi aku tak kecewa.

Dengan coach yang COOL giler. Dia tak marah pun aku atau sindir-sindir aku, wish is GOOD sebab aku ada Moral Support dari dia dan juga kakak dia yang sangat ramah. Ini menaikkan lagi semangat aku untuk terus cuba dan mencuba sehingga berat aku capai berat ideal iaitu 50 - 48 kg. 

PANDANGAN ORANG LAIN?

Perbualan aku dengan Emak aku selepas weight in.

mak: berapa berat kau turun?
aku: emmmm.. hehehehehe (masuk bilik letak beg dan buka skaf)
mak: berapa berat turun?
aku: emmm... 300 gram aje. (gelak2)
mak: hah! 300 gram aje!!
aku: ahha, raye termakan banyak pulak. (gelak2)
mak: tak kirala raye ke tak raye mestilah berkesan kalau produk tue bagus. ini 300 gram aje dahlah beli mahal. Lepas tue kau ambik lagi benda tue?
aku: ambil lagi untuk stok 3 bulan. lepas ini buat betul - betul. tak boleh makan ayam pulak dengan daging.
mak: habis kalau tanya nak ape kau cakap nak ayam goreng, ayam goreng aje. esok lagi nak buat rendang ayam untuk bawa balik Sabah. Bapa Herbalife pon tak boleh kasi kau kurus.
aku: Gelak2 aje

End of Discussion

SEE, berdasarkan conversation itu tadi nampak tak mana silap aku? Nampak? Hah, tang makan ayam goreng tu salah lah kan. Alasan aku senang, sebab ikan mahal sebab itu boleh makan ayam sesuka hati. Tapi mampu aje nak beli ikan pon.

MASALAH

Masalah aku adalah tertalu banyak alasan. Kadang - kala kalau di IPG aku adalah pembekal alasan kepada kawan - kawan aku yang nak buat kerja nakal. Hehe. Geliga juga otak aku.

Jadi dengan consume HL, aku tak boleh nak bagi alasan. sebab kalau berat tak turun maka salah siapa? salah diri sendiri sebab tak HELD RESPONSIBILITY dengan apa yang perlu dan patut dimakan. 

Kau salah makan, kau gemok maka salah kau. kalau CONSUME HL tapi makan salah, kau gemok maka salah kau bukan HL.

KESIMPULAN

Maka kesimpulan yang aku boleh buat tentang tragedi penurunan berat badan 300 gram iaitu, Usaha dan komitmen serta komited itu penting untuk capai apa yang aku mahu. 

IMPIAN aku adalah 

1. kurus dan sihat
2. 50% diskaun Produk HerbaLife
3. Side income min RM 5k
4. Buka kedai baju kurung online untuk pelajar IPT dan IPG
5. Buka kedai buku online harga ala - ala Big Bad Wolf (BBW)
6. Nak secure in financial. (rumah dan kereta ada)
7. Anak - anak ada trust fund untuk future (belajar tak perlu PTPTN, pinjaman MARA, tajaan JPA atau ect)

Impian ini tak boleh nak capai dengan sekelip mata dan aku tahu ada halangan - halangan yang besar menanti terutamanya halangan daripada diri sendiri yang tidak berani untuk tampil kehadapan orang lain. 

Tapi 

1. ALLAH ada DIA akan bantu aku meskipun aku SELALU ingkari apa yang DIA suruh. 
2. Coach: Kak Maryam Izzati, ada. Dia akan bimbing aku along with her team yang aku belum sempat berkenalan dan jumpa. Mereka sangat - sangat positif.
3. Parents aku ada. Walaupun pada tahap ini mereka tidak sokong lansung dan biarkan aku buat keputusan sendiri. Tapi tak mengapa, mungkin lepas aku kurus dan ada side income mungkin mereka lebih yakin dan mahu support aku secara moral atau financial.

Itu sahaja perkongsian aku pada kali ini. Bagi sesiapa yang dah consume HL tapi dapat result macam aku walaupun orang lain turun berKG-KG.

Jangan putus asa ya, terus percaya dan cari punca kepada masalah tersebut dan selesaikan. Bincang dengan coach dan buat readings pada HL. Nak beramal tanpa ilmu kita akan sesat. Maka cuba dan terus mencuba sehingga 3 bulan. Saya akan terus mencuba produk ini untuk 3 bulan akan datang dan Insya-ALLAH akan updatekan setiap kali saya weight in.

Wassalam.

Nur Zulieqha Mad Amin
16/08/2013

1st Weight in.
Previous weight: 62.5
Loss: 300 gram
Current weight: 62.2

No comments: