Tuesday, February 18, 2014

Baju Kurung Pahang di Julie's Store

Assalammualaikum,

Saya update baju kurung pahang yang saya jual di kedai saya Julie's Store di Facebook.

Baju Kurung Pahang ini diperbuat daripada kain Cotton Vietnam. 

Kainnya sejuk dan tidak panas. 

Kain cotton biasanya tidak berkilat walaupun dalam gambar seakan-akan berkilat itu disebabkan pencahayaan semasa penggambaran dilakukan. 

Mempunyai corak dan warna yang menarik yang mampu memukau mata yang melihat.

Kain cotton ini mudah untuk digosok setelah dicuci.

Baju ini boleh dicuci menggunakan mesin basuh tetapi saya nasihatkan agar anda masukkan kedalam net kain untuk menjaga kualiti kain.

Sebolehnya semasa membilas baju, letakkan sedikit pelembut kain agar senang digosok.

Baju kurung pahang ini mempunyai span bahu, zip dan getah pada kain serta berkipas tepi. 

Kipas pada bahagian tepi tidak berjahit, ini tipikal menurut Ibu saya untuk orang semenanjung. (Saya membesar di Sabah jadi semua kain baju kurung saya berjahit tepi).

Semua baju kurung pahang available daripada saiz S sehingga XXL. Rujuk saiz dibawah.

Harga sepasang baju kurung adalah RM89 dan penghantaran adalah percuma keseluruh Malaysia.

Jika anda bertuah mungkin anda akan dapat potongan harga pada baju kurung yang anda pilih.

Selamat Melihat dan Memilih.

Sebarang pertanyaan tanya di kotak comment. Saya akan check blog ini hari-hari. Tetapi jika mahukan balasan yang cepat, boleh PM saya di Julie's Store. Atau mesej/call saya di 013-6032138.










































Cantik tertarik, Kau memang de BOMM. :)

No comments: