Thursday, July 9, 2015

Malam ini rasa sayu

Entah mengapa malam ini aku sedih dan sayu mengenangkan dia.

Biasanya aku tidak sebegini.

Biasanya jika ingatan kuat padanya aku akan berdoa.

Tetapi malam ini sangat sayu aku rasakan.

Seolah benar bahawa dia memang bukan jodoh ku.

Terimbas dia, cara bercakap, senyumannya, lenggok bahasanya. 

Owh, sedihnya aku.

Begitu besar impaknya pada aku. 

Sejak aku kenalinya, aku makin rajin. Dari apa jua segi kerana aku terkesan dengan kerajinan dia bekerja tanpa jemu untuk mengubah status kewangan keluarganya. 

Kerajinan itu berjangkit padaku. 

Tepi sejak dia hilang aku seakan hilang mahu untuk rajin. 

4 bulan yang sakit. 

Bukan calang rasanya ini.

Tiap hari, tiap masa terkenang.

Kerana dia pernah ada sentiasa dengan aku.

Bila hilang aku tercari-cari dia. 

Sedihnya. 

Sedihnya.

Jika aku tahu sakit itu begini, tak akan aku mahu kenalinya.

Tapi aku tidak pernah menyesal kenali dia. 

Bersama dia adalah masa yang aku treasure for all my life.

Pergilah awak mencari bahagia. Saya sentiasa doakan. Sayang saya pada awak akan saya sampaikan lewat doa-doa saya pada awak. Berbahagialah awak. Awak perlu bahagia. Saya sentiasa doakan kebahagian awak. Awak berhak untuk bahagia. Sayang ini saya simpan sebagai kenang-kenangan yang manis. 

Selamat tinggal awak~ 

Thursday, June 11, 2015

Tidak Kesampaian~

Assalammualaikum. 

Lama saya tidak update blog. Sangat lama agaknya dah setahun lebih tidak update blog. 

Bukan saya menghilang tetapi masa yang tidak banyak ditangan saya.

Sibuk dengan tugasan harian, mingguan, bulanan, tahunan.

Tajuk hari ni lebih pada meluahkan rasa yang terpendam.

Tidak mampu untuk saya ungkap dengan kata-kata kerana kata-kata tidak boleh merungkai dan merungkap apa yang sedang saya lalui sekarang.

Sedih. 

Kecewa.

Kepastian yang dimahukan telah diperolehi.

Tetapi jawapan itu menghiris hati.

Terpaksa redha tiada jodoh.

Prinsip saya memang tidak mahu berlama-lama berkawan.

Jika sudah suka, why not tanya.

Tetapi si dia yang saya suka, teragak dalam mencorakkan masa depan bersama saya.

Mungkin saya tidak sesuai untuknya, walau saya rasa dia sesuai dengan saya.

Tanda-tanda jodoh sudah tiada makin banyak ditunjukkan oleh ALLAH.

Dan saya akan lepaskan dia perlahan-lahan dari hati.

Even if i bleed, even if i cried. 

I'll let you go.

Terima kasih awak untuk semua. 

Semua tunjuk ajar awak pada saya.

You're 9 years more wise, more matured than me.

And i thank you for put up with me for almost 1 years.

You are one of the best. 

I'm grateful for knowing and meeting you.

Semoga awak bahagia mencari pasangan yang lebih solehah, baik dan matang.

Saya sentiasa doakan awak.

Terima kasih atas peluang yang diberikan.