Monday, January 28, 2013

Praktikum Ketiga.

Assalammualaikum semua. (Ada yang bacakah?)

Alhamdulillah telah masuk tahun baharu, tahun 2013.

Tahun baharu, Semester baharu semestinya dengan AZAM baharu. :)

Praktikum ketiga telah bermula seminggu yang lalu dan akan terus berlanjutan sehingga 12 minggu akan datang. Insya-ALLAH.

Saya mengajar Matematik (major) dan Pendidikan Moral (minor).

Antara major dan minor, minor lebih mencabar daripada segi strategi, pendekatan dan teknik. 

Subjek ini memerlukan saya banyak bercakap menghuraikan nilai yang perlu dihabiskan daripada sukatan. 

Kemahiran menghurai adalah salah satu kelemahan saya sepanjang berpraktikum. 

Saya tiba - tiba boleh ter"black-out" di kelas semasa mengajar Pendidikan Moral.

Cabaran. Cabaran. Cabaran. 

Perlu banyak ABM yang boleh membantu murid faham kepentingan nilai sekiranya saya gagal menyampaikan melalui kata-kata. 

Tapi Insya-ALLAH boleh dilakukan dengan baik. Yakin!! (yakin salah satu nilai dalam Pendidikan Moral)

Action Research juga memberikan cabaran.

Masih belum berjumpa dengan masalah yang ingin diselesaikan.

Masih sedang mencari teknik-teknik yang sesuai untuk diguna pakai dalam pengajaran Matematik.

Boleh. Boleh. Boleh.

Tahun depan saya akan GRADUATE. 

Kemungkinan besar akan mulai bekerja pada tahun 2014. Insya-ALLAH. Jika dimurah dan diberikan rezeki oleh ALLAH.

Sekian. Wasalam.

2 comments:

Atie said...

sudah berjaya masuk dalam blog anda...hahaha....In shaa Allah Zul akan jadi cikgu yang baik nanti...

Nur Zulieqha Mad Amin said...

@Ustazah Atie:

Insya-ALLAH. teruskan doa untuk saya. :)