Thursday, January 5, 2012

Perbezaan Yang Manis..

Assalammualaikum. 

Hati yang tenang senantiasa mengingati ALLAH yang ESA. Pabila sentiasa mengingati ALLAH benda yang berat akan terasa ringan, perkara yang susah akan menjadi mudah, ruang yang sempit menjadi luas kerana sentiasa yakin yang ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNya. ALLAH tidak sesekali akan meninggalkan hambaNya sekiranya kita hamba yang hina ini meminta pertolongan dan bantuan dari-Nya.

Tenang di kelas mengharungi sesi pembelajaran 4 jam interaksi kuliah tadi adalah kurniaan dari ALLAH. Mampu tersenyum sepanjang masa dan ilmu serasa senang meresap ke dada. Syukur dan Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH.

Saya mohon pada Mu ALLAH agar berkatilah semua guru-guru yang pernah, telah, sedang dan akan mengajar sepanjang saya menuntut ilmu-MU. Berkatilah juga mereka-mereka yang memberikan ilmu pada saya secara lansung atau tidak lansung sama ada melalui novel, blog, article, video, muzik dan lain-lain. Berkatilah mereka dan ampunkan dosa mereka. Kerana melalui mereka saya dapat mengenali Kau dengan lebih dekat.

Dalam perjalanan seorang pelajar yang sedang mencari ilmu hendaklah bertapak rasa rendah diri, ikhlas dan berlapang dada dalam menerima ilmu meskipun kadang-kala apa yang disampaikan tidak bersamaan dengan apa yang kita pegang selama ini. Perbezaan pendapat tidak seharusnya menjadikan umat ISLAM berpecah belah, tetapi hendaklah ia menjadi sebagai satu titik penyatuan antara kita.

Saya pernah terbaca satu artikel yang menyatakan sesuatu ilmu itu akan berkembang dengan perbezaan-perbezaan pendapat yang dikemukan. Ya saya bersetuju dengan perkara tersebut. Ini kerana satu-satu cabang ilmu mampu berkembang dan bertambah apabila dibahaskan secara ilmiah dan banyak pendapat yang diutarakan oleh para pakar. Dan apabila perbezaan-perbezaan ini dikaji akan terdiscover lagi ilmu baharu yang sebelum ini tidak diketahui. Ini akan memberikan ruang bagi masyarakat umum untuk membuat penilaian dan memilih manakah pendapat yang dapat mereka ikuti yang sangat dekat dengan fitrah dan kebiasaan mereka. Maka jika terdapat perbezaan pendapat berlapang dadalah dan berfikir sedalamnya tentang perkara tersebut.

Saya bukan scholar dalam bidang agama tetapi apa yang dapat saya katakana bahawa, kewujudan 4 mazhab iaitu Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi sebenarnya memberikan kemudahan kepada umat ISLAM melakukan ibadah kepada ALLAH dengan mudah. Keempat-empat mazhab ini memberikan perbezaan pendapat tentang perkara-perkara fiqh. Perbezaan-perbezaan pendapat ini amat memudahkan umat ISLAM kerana apabila kita tidak mampu melakukan sesuatu perkara fiqh berdasarkan satu-satu mazhab kita boleh merujuk pada mazhab yang lain yang lebih mudah perlaksanaannya. Ia tetap ISLAM kerana keempat-empat mazhab ini diasaskan oleh ulama Muktabar yang bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Saya beri sebagai contoh, dalam mazhab Syafie membayar zakat hendaklah menggunakan makanan ruji penduduk di sesuatu tempat, jika di Malaysia ialah beras. Tetapi Malaysia mengamalkan pembayaran zakat menggunakan duit sama seperti yang dipraktikkan dalam mazhab Hambali. Nah! Indah bukan perbezaan mazhab kerana terdapat alternative lain dalam melakukan sesuatu perkara fiqh jika tidak berkemampuan. Maka pemahaman yang mantap dan berlapang dada hendaklah ada bagi sesiapa sahaja tidak kira anda memegang mana-mana mazhab kerana semua 4 mazhab ini di sandarkan pada sumber yang sama iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Ketaksuban kepada sesuatu mazhab perlulah dielak bagi mengelakkan munculnya puak pelampau yang berfikiran sempit sehingga sanggup mencaci maki pihak yang tidak berpegang pada mazbah yang sama. Ingatlah kita hanya manusia yang terbatas. Perbezaan-perbezaan yang diutarakan oleh 4 mazhab itu memberikan kita pilihan untuk memilih cara yang sesuai untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada-NYA. Serasa saya tidak salah untuk kita mengikuti sesetengah perkara yang dipraktikkan oleh mazbah lain meskipun kita berpegang pada mazhab syafie.

Saya bukan menyokong pihak anti-mazhab. Bukan. Mazhab yang dipegang adalah satu garis panduan kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab tetapi jika terdapat mazhab lain yang mempunyai cara yang lebih mudah dan praktikal tidak salah bukan untuk kita mengikutinya bagi sesetengah perkara. Sekali lagi ini kerana, 4 mazhab tersebut bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Indah bukan ISLAM? Mempunyai sangat banyak penyelesaian bagi sesuatu hukum fiqh yang bersesuai dengan perbezaan kemampuan yang ada pada diri seseorang manusia itu.

Maka ayuh umat ISLAM semua, agar setiasa bersatu-padu mengelakkan perpecahan walaupun berbeza mazhab. Kerana kita tetap bertuhankan ALLAH, mengesakan ALLAH dan akan kembali jua pada ALLAH. Hanya ALLAH yang satu.

Walaupun berbeza mazhab tetapi Ukhuwah Islamiyah  tetap teguh  menegakkan syiar Islam di bumi ini.

Berlapang dadalah insan, agar kasih sayang bercambah hingga ke SYURGA ALLAH. Matlamat kita adalah Akhirat dimana tempat kita kembali pada ALLAH. Minta petunjuk dari ALLAH agar dapat diberikan kejernihan hati untuk menilai sesuatu pendapat mana yang hak dan yang mana batil.

Wallahu’alam.

p/s: Jika terdapat tersalah fakta atau kata. Silalah tegur kerana tiada insan yang sempurna dan saya baru belajar. Ilmu tidak setinggi gunung tetapi hati tetap ingin memberikan pendapat. 


No comments: